E-EXAM SMK TIWA (PORTAL EDU@TIWA)
Sila layari dan daftarkan diri anda di http://my-exam.x10.mx. Sebarang masalah hubungi emel: tiwa@my-exam.x10.mx
Sekapur Sirih Dari Pengetua
Assalamualaikum Warahmatullahitaalahi wabarakatuh,
Salam sejahtera dan salam Satu Malaysia,
Syukur ke hadrat Ilahi, dengan izinnya kini SMK Toh Indera Wangsa Ahmad telah berjaya mempunyai laman web sendiri hasil usaha dan komitmen padu guru-guru ICT diterajui Penyelaras ICT SMKTIWA, sanggup menggalas tanggung jawab yang diamanahkan. Jutaan terima kasih diucapkan,tahniah dan syabas!
Memang tidak terlintas dan terfikir dibenak kita sewaktu di era 70an dan 80an dulu,suatu ketika nanti revolusi ledakan yang begitu pesat akan berlaku di arena teknologi maklumat dan komunikasi.
Impak yang dialami sungguh mengkagumkan.Kini segala maklumat yang diperlukan berada di hujung jari kita, boleh diperolehi bila-bila masa dan di mana sahaja, manakala komunikasi pula berlaku secara siber, pantas menerusi langit yang tiada sempadan.
Selaras perkembangan tersebut , semua kita semestinya mempersiapkan diri kita seiring kemajuan yang dicapai, membuka minda dan mempunyai persepsi yang positif terhadap kemajuan ICT.
Justru, secara peribadi saya berpendapat usaha mengadakan laman web bagi setiap sekolah adalah wajar dan proaktif kerana ia dapat menyuntik sikap membudayakan ICT dalam kehidupan seharian yang seterusnya mampu membawa kita berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah seiring negara maju lain.
Saya amat positif laman web yang telah dihasilkan ini akan dapat memaparkan berbagai maklumat terkini berkaitan SMK Toh Indera Wangsa Ahmad untuk dikongsi bersama dan juga menyediakan ruang untuk kita semua bertukar-tukar fikiran berkaitan isu-isu profesional.
Akhir kata, terima kasih kepada semua pengunjung laman web kami dan semoga kita akan dapat manafaat bersama, insya Allah.Sekian, Wabillahitaufik walhidayah, wassalamualaikum.
Muat Turun Fail
Sila kelik sini untuk muat turun MANUAL PENGGUNAAN HRMIS
Sila kelik sini untuk muat turun MANUAL PENGGUNAAN SMM ONLINE
Sila kelik sini untuk muat turun Fail Postmortem SPM & PMR
Sila kelik sini untuk muat turun Bahan Guru Penyayang
Untuk kemaskini data EMIS anda sila log ke http://emisonline.moe.gov.my/index.php. Sila login pada bahagain LOGIN GURU, masukkan No K/P dan Katalaluannya adalah sama NO K/P. Untuk perubahan maklumat, sila berhubung dengan Guru Data Maklumat anda.
Untuk cetakan slip gaji anda, sila log ke Jabatan Akauntan Negara
Sila layari portal PPD KINTA SELATAN (www.ppdks.gov.my) untuk maklumat terkini berkaitan perguruan.
Terima kasih.
MANUAL PENGGUNAAN HRMIS
Manual dalam web
http://kedah.edu.my/hrmis/index.php?option=com_content&view=article&id=42&Itemid=110
*SILA COPY & PASTE PD URL ADDRESS
Kerja Kursus PMR 2012
Sila muat turun soalan kerja kursus berikut:
SELAMAT HARI IBU.
Buat semua yang berhak….“Selamat Hari Ibu”

SAMBUTAN HARI GURU PERINGKAT NEGERI PERAK.

Sampaikan ucapan Hari Guru kepada guru anda di ruangan komen, TQ.
PERTANDINGAN NYANYIAN SEKOLAH MENENGAH DAN RENDAH PERINGKAT DAERAH KINTA SELATAN
[9/5/2012 :: SK SENTOSA, KAMPAR]
Pencapaian :
Johan Solo Perempuan
Johan Duet
Naib Johan Solo Lelaki
Tahniah !


TAHNIAH!
Penyertaan SMKTIWA telah disenaraikan sebagai finalis Top25 dalam Pertandingan ICT Duniaku 2012 anjuran KPerak. Pertandingan ini disertai lebih 300 penyertaan dari sekolah seluruh Perak.

Laman web: http://smktiwa.wordpress.com

Lawan aplikasi CMS : http://smktiwa.t15.org/senayan/

JAMUAN MERAIKAN KEJAYAAN PESERTA DRAMA KOMSAS
::7 MEI 2012 / KANTIN SEKOLAH ::

NAIB JOHAN DRAMA KOMSAS BM
Keputusan pertandingan Komsas B. Melayu Peringkat daerah Kinta Selatan yang berlangsuang di SMK St. Bernadette’s Convent, Batu Gajah :
1.Malim Nawar
2.TIWA
3.Convent
4.SYS
Tahniah kepada Pn. Norainah dan para pelakon dan krew yang cukup mantap. Bergenang air mata menonton persembahan para pelajar kita. TIWA is always NUMBER 1 in our heart.
From: Parameswary Thanabal







JAMUAN MERAIKAN KEJAYAAN PESERTA SEKOLAH
::[2 Mei 2012, Kantin Sekolah]::



SELAMAT BERSARA EN MOHD KAMAL B MOHD YUSUOF (PEMBANTU AM PEJABAT N4)
Nama: EN MOHD KAMAL B MOHD YUSUOF
Asal: KLANG, SELANGOR
Pendidikan: SK Klang, High School Klang
Profil Perkhidmatan:
Selamat Bersara









