LAMAN DITUTUP!!

UCAPAN PENGARAH PELAJARAN PERAK

UCAPAN PENGARAH PELAJARAN PERAK
KEPADA WARGA PENDIDIKAN NEGERI PERAK
SEMPENA SAMBUTAN HARI GURU
TAHUN 2011

Sempena Sambutan Perayaan Hari Guru Tahun 2011, kita perlu menyedari betapa pentingnya peranan kita untuk melonjakkan kecemerlangan akademik secara keseluruhan. Di samping itu sebagai tuan rumah Kejohanan Balapan dan Padang Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia (MSSM) 2011, jalinan semangat kerjasama sebagai satu pasukan dalam kalangan seluruh warga pendidik di negeri Perak amat dituntut. Sederap dengan hasrat ke arah kecemerlangan akademik dan kokurikulum, kita juga perlu menjaga serta mempertahankan imej organisasi melalui kesopanan tutur kata dan kesesuaian tingkahlaku, terutama sekali apabila berurusan dengan pelanggan kita termasuklah anak murid serta para ibu bapa. Sebagai agen penjana transformasi, para guru harus menghayati serta melaksanakan segala tanggungjawab yang telah diamanahkan secara berintegriti dan beretika sepanjang masa, sesuai dengan tema Hari Guru pada tahun ini “Guru Penjana Transformasi Pendidikan Negara”.

“Selamat Menyambut Hari Guru 2011”

Daripada:
DATO MOHD RAUHI BIN MOHD ISA, DPMP.,PMP.,KMN., AMP.,PPT
Pengarah Pelajaran Perak

Kenali TIWA

Kategori

Pelawat:

wordpress blog stats